Saya pasti ramai antara kita yang menyedari teras hitam yang terdapat
pada kebanyakkan kabel audio visual ataupun pada kabel kuasa untuk
gajet. Apakah sebenarnya teras hitam ini? Apakah peranannya pada
sesebuah kabel?
Sebenarnya teras hitam ini adalah teras Ferritte. Teras Ferritte diperbuat daripada logam manganese-zinc ataupun logam nickel-zinc. Peranannya pada kabel adalah sebagai penapis isyarat hingar (noise).
Secara ringkasnya, hingar adalah isyarat yang tidak dikehendaki yang
membuatkan arus elektrik berada dalam keadaan turun naik secara rawak
(tidak stabil). Arus elektrik yang dipengaruhi hingar boleh mengganggu
fungsi sesebuah peralatan seperti bacaan sensor yang kurang tepat,
bateri tidak dicas dengan sempurna, menjana haba tambahan pada komponen
elektronik dan sebagainya. Hingar biasanya dihasilkan oleh gelombang
elektromagnet seperti gelombang radio, gelombang telefon mudah alih,
pancaran kilat, peralatan elektronik berfrekuensi tinggi dan sebagainya.
Pada zaman ini, gelombang elektromagnet terdapat di mana-mana sahaja
pada setiap masa, jadi gangguan hingar dalam kabel elektrik adalah
perkara yang tidak boleh dielakkan. Oleh itu, teras Ferritte digunakan untuk menapis dan mengurangkan isyarat hingar.
Gambar di bawah menunjukkan contoh arus elektrik yang telah dipengaruhi
oleh hingar, kemudian kesan hingar telah dikurangkan setelah ditapis
oleh teras Ferritte.
Bagaimanakah teras Ferritte boleh mengurangkan kesan hingar pada
isyarat elektrik? Agak sukar saya terangkan kerana konsepnya sama
seperti litar elektronik yang terdapat komponen perintang, kapasitor dan
gegelung yang memerlukan penjelasan yang panjang lebar. Malah
penerangannya juga harus melibatkan persamaan matematik yang agak
kompleks.
Walaubagaimanapun secara analoginya, teras Ferritte boleh
diibaratkan seperti tangki air, arus elektrik seperti bekalan air dari
syarikat utiliti air dan gangguan hingar adalah seperti gangguan bekalan
air. Sekiranya pili air dipasang sebelum tangki, apabila berlaku
gangguan bekalan air, maka air yang keluar dari pili juga akan
terganggu. Tetapi sekiranya pili paip dipasang selepas tangki air, jika
berlaku gangguan bekalan air dari syarikat utiliti air, air yang keluar
dari pili air masih lagi berterusan selagi tangki air masih menyimpan
air.
A casino site that accepts online players - Lucky Club
ReplyDeleteIt's a very important element in a casino to offer gambling services. When it comes to real money slots, luckyclub we think that they are more of a