Soalan
Saya baru sahaja tukar kapasitor pada sebuah kipas dinding. Kemudian,
apabila kipas dihidupkan, bilah kipas berpusing terbalik (angin keluar
ikut belakang). Kenapa boleh jadi sedemikian, adakah saya terbalik
pasang wayar live dan neutral, ataupun masalah lain?
Jawapan
Nampaknya anda sudah tersilap membuat penyambungan wayar pada kapasitor tersebut.
Motor kipas dinding biasanya ada tiga wayar (rujuk gambar di atas) .
Wayar COMMON biasanya berwarna hitam, manakala warna wayar RUN dan wayar
START adalah tidak tentu, bergantung pada pengilang. Biasanya pada
tapak bawah atau bahagian dalam kipas terdapat gambarajah litar yang
boleh dirujuk untuk mengetahui warna wayar START dan RUN.
Mengikut pendawaian yang betul, kapasitor hendaklah dipasang pada
terminal START. Tetapi anda telah memasang kapasitor pada terminal RUN,
oleh sebab itu kipas berpusing terbalik. Betulkan semula sambungan wayar
kapasitor tersebut. Kapasitor untuk kipas tidak mempunyai kekutuban
(tiada terminal positif-negafit atau live-neutral).
No comments:
Post a Comment