Anda ingin memeriksa sebuah fius untuk mengetahui samada ia berkeadaan
baik atau tidak, tetapi pada masa yang sama anda tidak memiliki
multimeter. Jangan putus asa, anda boleh memeriksa fius tersebut dengan
menggunakan test pen.
Masukkan hujung test pen pada terminal live di soket plug. Hidupkan suis pada soket plug, kemudian sentuhkan hujung fius pada bontot test pen dan hujung fius yang lagi satu anda pegang dengan tangan anda sendiri (tanpa memakai sarung tangan). Sekiranya lampu pada test pen itu menyala, itu menunjukkan fius dalam berkeadaan baik. Jika lampu test pen tidak menyala, maka wayar dalam fius tersebut telah terputus.
No comments:
Post a Comment