Apabila
transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan mulai tahun 2013 maka
aliran ini tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas dua. Ketika ini
umum beranggapan ia sebagai tempat pelajar yang tidak berminat belajar
dalam aliran akademik. Pelajar aliran ini juga dikira kurang berpeluang
untuk ke menara gading jika dibandingkan dengan sebahagian rakan-rakan
mereka daripada aliran akademik yang akan memasuki kelas matrikulasi
atau tingkatan enam selepas menamatkan peperiksaan SPM.
Pengumuman
sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah melonjakkan kedudukan aliran
tersebut dalam sistem pendidikan negara. Transformasi ini telah
menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat diploma secara jalan pintas
melalui pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga.
Apa yang
menarik pelajar mula didedahkan asas mata pelajaran vokasional dan
boleh memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun iaitu semasa berada
di tingkatan satu.
Sesungguhnya
peluasan aliran vokasional dalam sistem pendidikan telah diamalkan di
kebanyakan negara dan bilangan pelajarnya sangat ramai kerana ia
dianggap selari dengan kemajuan teknologi dan tuntutan ekonomi sesebuah
negara.
Transformasi
pendidikan vokasional yang bermula pada tahun 2013 nanti memberi
penekanan kepada amalan industri atau amali teknikal dan akan
mengurangkan komposisi akademik. Apa yang menariknya Pendidikan Asas
Vokasional (PAV) akan diperkenalkan kepada pelajar mulai tingkatan satu.
Mereka
juga dibenarkan mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
pada tahap satu iaitu semasa berada di tingkatan dua dan SKM tahap dua
semasa berada di tingkatan tiga. Sementara itu pelajar yang mengikuti
aliran vokasional ini selepas tingkatan tiga akan diberi peluang
mengikuti pendidikan selama empat tahun sehingga peringkat diploma iaitu
SKM tahap empat.
Kurikulumnya
merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS), SKM
dan lain-lain bentuk pensijilan yang diiktiraf oleh pihak industri.
Sudah
sampai masanya diperkenalkan bidang bertahap tinggi seperti aviation,
maritime, oil and gas, ICT, kejuruteraan, perakaunan, pengajian
perniagaan dan lain-lain dalam aliran ini.
Dengan
kata lain usaha memartabatkan pendidikan vokasional perlu dilaksanakan
supaya berlaku perubahan landskap di mana aliran ini akan menjadi
pilihan utama pelajar-pelajar dan ibu bapa seperti kebiasaan amalan di
negara-negara maju.
Ketika
ini dalam sistem pendidikan kita hanya 10 peratus (%) daripada jumlah
pelajar yang mengikuti pendidikan vokasional. Bilangan ini dikira kecil
jika dibandingkan dengan negara lain seperti Korea Selatan 28%, Thailand
41%, Indonesia 51%, Jerman 59%, Australia 62% dan Belanda 68%.
Sementara itu di kalangan negara OECD yang berjumlah 44 negara puratanya
ialah sebanyak 44%.
Seperti
yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri bilangan pelajar vokasional
akan ditingkatkan kepada 20% pada tahun 2013. Jumlah ini boleh dicapai
sekiranya pihak swasta diberi peluang dan dilibatkan sama bagi
menyediakan kemudahan pendidikan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan

Kejayaan Kami Di Peringkat Kebangsaan

Kejayaan Diraikan Bersama Pengarah BPTV

Kejayaan Pelajar Kami Di Peringkat Kebangsaan
Laporan Akhbar Kejayaan Pelajar Kami

Institusi Kesayangan Kami

5S Amalan Kami

Kumpulan Pemikir Pemaju Pendidikan Negara


No comments:
Post a Comment