Save on your hotel - HotelsCombined.com

Friday 10 May 2013

Cara Kerja Pen Penguji Arus Elektrik



Penguji Arus Elektrik (Electrical Test Pen) adalah peralatan pengujian yang biasa digunakan oleh juruteknik elektrik. Ia digunakan untuk memeriksa secara pantas samada  wayar elektrik itu mempunyai kuasa elektrik atau tidak. 
Test pen biasanya direka dalam bentuk pemutar skru. Hujung alat penguji ini perlu disentuh kepada bahagian konduktor pada wayar elektrik dan lampu penunjuk di dalam test pen tersebut akan menyala sekiranya wayar tersebut mempunyai kuasa elektrik
Test pen berfungsi berdasarkan rintangan antara badan manusia dengan bumi. Badan manusia akan bertindak sebagai perintang, di mana arus elektrik akan melalui badan manusia untuk kembali ke bumi. Arus tini tidak merbahaya kepada manusia kerana nilainya terlalu kecil.

Sekiranya dilihat dengan teliti pada bahagian dalam test pen, terdapat satu karbon hitam yang dipasang pada lampu penunjuk. Karbon tersebut bertindak sebagai perintang bernilai besar untuk mengecilkan nilai arus  yang melalui badan manusia.

Gambar di bawah menunjukkan litar setara cara kerja test pen.

Menguji Fius Menggunakan Test Pen



Anda ingin memeriksa sebuah fius untuk mengetahui samada ia berkeadaan baik atau tidak, tetapi pada masa yang sama anda tidak memiliki multimeter. Jangan putus asa, anda boleh memeriksa fius tersebut dengan menggunakan test pen.
Masukkan hujung test pen pada terminal live di soket plug. Hidupkan suis pada soket plug, kemudian sentuhkan hujung fius pada bontot test pen dan hujung fius yang lagi satu anda pegang dengan tangan anda sendiri (tanpa memakai sarung tangan). Sekiranya lampu pada test pen itu menyala, itu menunjukkan fius dalam berkeadaan baik. Jika lampu test pen tidak menyala, maka wayar dalam fius tersebut telah terputus.
Idea ini sangat berguna apabila kita mahu memeriksa fius yang badannya diperbuat daripada seramik, yang mana fius jenis ini kita tidak dapat keadaan dalam fius tersebut.

Teras Ferrite Pada Kabel



Saya pasti ramai antara kita yang menyedari teras hitam yang terdapat pada kebanyakkan kabel audio visual ataupun pada kabel kuasa untuk gajet. Apakah sebenarnya teras hitam ini? Apakah peranannya pada sesebuah kabel?
Sebenarnya teras hitam ini adalah teras Ferritte. Teras Ferritte diperbuat daripada logam manganese-zinc ataupun logam nickel-zinc. Peranannya pada kabel adalah sebagai penapis isyarat hingar (noise). 
Secara ringkasnya, hingar adalah isyarat yang tidak dikehendaki yang membuatkan arus elektrik berada dalam keadaan turun naik secara rawak (tidak stabil). Arus elektrik yang dipengaruhi hingar boleh mengganggu fungsi sesebuah peralatan seperti bacaan sensor yang kurang tepat, bateri tidak dicas dengan sempurna, menjana haba tambahan pada komponen elektronik dan sebagainya. Hingar biasanya dihasilkan oleh gelombang elektromagnet seperti gelombang radio, gelombang telefon mudah alih, pancaran kilat, peralatan elektronik berfrekuensi tinggi dan sebagainya. Pada zaman ini, gelombang elektromagnet terdapat di mana-mana sahaja pada setiap masa, jadi gangguan hingar dalam kabel elektrik adalah perkara yang tidak boleh dielakkan. Oleh itu, teras Ferritte digunakan untuk menapis dan mengurangkan isyarat hingar.
Gambar di bawah menunjukkan contoh arus elektrik yang telah dipengaruhi oleh hingar, kemudian kesan hingar telah dikurangkan setelah ditapis oleh teras Ferritte.
Bagaimanakah teras Ferritte boleh mengurangkan kesan hingar pada isyarat elektrik? Agak sukar saya terangkan kerana konsepnya sama seperti litar elektronik yang terdapat komponen perintang, kapasitor dan gegelung yang memerlukan penjelasan yang panjang lebar. Malah penerangannya juga harus melibatkan persamaan matematik yang agak kompleks. 
Walaubagaimanapun secara analoginya, teras Ferritte boleh diibaratkan seperti tangki air, arus elektrik seperti bekalan air dari syarikat utiliti air dan gangguan hingar adalah seperti gangguan bekalan air. Sekiranya pili air dipasang sebelum tangki,  apabila berlaku gangguan bekalan air, maka air yang keluar dari pili juga akan terganggu. Tetapi sekiranya pili paip dipasang selepas tangki air, jika berlaku gangguan bekalan air dari syarikat utiliti air, air yang keluar dari pili air masih lagi berterusan selagi tangki air masih menyimpan air.

Kilat Di Dalam Rumah



Ok. Kali ini masih lagi cerita tentang kilat. Arikel lalu telah diterangkan bagaimana panahan kilat terjadi dan juga bagaimana kilat boleh merosakkan peralatan elektrik rumah anda. Artikel kali ini adalah mengenai kejadian kilat di dalam rumah. Ya, kilat di dalam rumah. Walaupun ia jarang berlaku, tetapi kemungkinan untuk berlaku tetap ada. Bagaimana penahan kilat boleh terjadi dalam rumah pula?
Kilat bukan sahaja boleh berlaku di ruang langit, tetapi ia juga boleh terjadi di dalam rumah ataupun dalam peralatan elektrik. Agak jarang kilat memanah secara terus ke rumah kediaman kerana paras rumah biasanya lebih rendah daripada pokok, tiang elektrik, tangki air besar yang tinggi dan bangunan tinggi. Kilat biasanya akan ternyahcas (memancar) ke stuktur bangunan tinggi.

Seperti yang telah diterangkan pada artikel lalu, apabila kilat memancar, gelombang elektromagnet akan dihasilkan. Gelombang ini akan menyebabkan lonjakan (kenaikan) voltan elektrik secara tiba-tiba dalam masa yang sangat singkat. 
Apabila lonjakan voltan elektrik disebabkan kilat ini berlaku pada pendawaian elektrik ke rumah anda, dan jika RCCB pada papan agihan rumah anda pula lambat bertindak memutuskan bekalan elektrik, voltan elektrik yang tinggi ini akan menyelinap ke pendawaian elektrik dalam rumah anda. Selain merosakkan peralatan elektrik, voltan elektrik yang tinggi ini akan mencari jalan untuk menyahcaskan tenaganya ke bumi.Oleh itu, voltan elektrik yang tinggi tersebut boleh 'melompat' ke mana-mana tempat yang menyediakan laluan mudah ke bumi. Contoh laluan mudah ke bumi adalah wayar bumi pada sistem pendawaian elektrik rumah, badan peralatan elektrik yang dibumikan dan juga paip air yang diperbuat daripada logam. Oleh itu apabila anda ternampak kilat di dalam rumah ataupun dalam peralatan elektrik, itu menunjukkan voltan elektrik yang tinggi itu telah menemui jalan untuk menyahkan kuasanya ke bumi. 
Lonjakan voltan elektrik disebabkan gelombang elektromagnet dari kilat juga boleh berlaku pada talian telefon rumah anda. Seperti yang telah diterangkan di atas, voltan elektrik yang tinggi dari talian telefon boleh 'melompat' dari kabel talian telefon ke mana-mana tempat yang menyediakan laluan mudah ke bumi.
Kilat yang berlaku di dalam rumah biasanya tidak menyebabkan kerosakan struktur seperti dinding pecah, wayar terbakar ataupun paip pecah. Ini kerana kilat tersebut walaupun mempunyai voltan yang sangat tinggi tetapi tidak mempunyai tenaga yang banyak untuk menghasilkan arus elektrik yang tinggi. Pernah ada kes dilaporkan ada orang yang terkena panahan kilat yang terjadi di dalam rumah, tetapi tiada kecederaan yang dialami, cuma yang dialami hanyalah kejutan elektrik biasa. Walaubagaimanapun, kejadian kilat di dalam rumah adalah tetap perkara yang menakutkan.
Sekiranya kawasan rumah anda sering berlaku kilat, untuk mengelakkan kejadian kilat berlaku dalam rumah anda, pastikan RCCB anda berfungsi dengan baik. Sekiranya peralatan elektrik rumah anda pernah rosak semasa kilat berlaku, itu menunjukkan RCCB anda tidak berfungsi dengan baik. Gantikan RCCB dengan yang baru dan berkualiti. Untuk lebih selamat, pasangkan peralatan elektrik yang mahal pada alat pelindung voltan tinggi (surge protector).
Juga sekiranya talian telefon rumah anda dipasang pada modem, router ataupun telefon tanpa wayar, adalah sangat digalakkan anda memasang  surge protector pada peralatan tersebut. Ini kerana surge protector bertindak menghalang voltan tinggi masuk ke dalam peralatan elektrik dan juga menyediakan laluan 'mudah' ke bumi apabila lonjakan voltan tinggi berlaku pada talian telefon ataupun pendawaian elektrik, seterusnya mengelakkan berlakunya kilat dalam rumah. Gunakan surge protector yang menyediakan jaminan sepanjang hayat (lifetime warranty).

Kipas Pusing Terbalik Selepas Dibaiki



Soalan
Saya baru sahaja tukar kapasitor pada sebuah kipas dinding. Kemudian, apabila kipas dihidupkan, bilah kipas berpusing terbalik (angin keluar ikut belakang). Kenapa boleh jadi sedemikian, adakah saya terbalik pasang wayar live dan neutral, ataupun masalah lain?
Jawapan
Nampaknya anda sudah tersilap membuat penyambungan wayar pada kapasitor tersebut. 

Motor kipas dinding biasanya ada tiga wayar (rujuk gambar di atas) . Wayar COMMON biasanya berwarna hitam, manakala warna wayar RUN dan wayar START adalah tidak tentu, bergantung pada pengilang. Biasanya pada tapak bawah atau bahagian dalam kipas terdapat gambarajah litar yang boleh dirujuk untuk mengetahui warna wayar START dan RUN.

Mengikut pendawaian yang betul, kapasitor hendaklah dipasang pada terminal START. Tetapi anda telah memasang kapasitor pada terminal RUN, oleh sebab itu kipas berpusing terbalik. Betulkan semula sambungan wayar kapasitor tersebut. Kapasitor untuk kipas tidak mempunyai kekutuban (tiada terminal positif-negafit atau live-neutral).
Kedudukan wayar neutral dan live tidak mempengaruhi arah putaran kipas. Anda boleh sambung wayar COMMON pada live, wayar START dan RUNNING pada neutral, tiada masalah.

Pemutus Litar Bocor Ke Bumi





Helaian PDF ini menerangkan tentang pengenalan, binaan dalaman, ciri-ciri dan cara kerja RCCB. Klik pautan di bawah untuk memuaturun.

Muaturun versi Bahasa Melayu
Muaturun versi Bahasa Inggeris

Kipas Tanpa Bilah?

Dyson Air Multiplier adalah kipas tanpa bilah. Kipas ini mampu menggandakan aliran udara 15 kali lebih kuat daripada aliran udara biasa.

Dyson Air Multiplie juga mudah untuk dibersihkan dan tidah berbahaya kerana tiada bilah kipas yang bergerak. Teknologi Dyson Air Multiplier ini diinspirasikan dari teknologi pengecas turbo (untuk enjin kereta) dan teknologi enjin jet untuk menjana aliran udara yang bertenaga.

Anda boleh mendapatkan kipas ini secara online di sini.

 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan

Pokliekayo

Kejayaan Kami Di Peringkat Kebangsaan

Pokliekayo

Kejayaan Diraikan Bersama Pengarah BPTV

Pokliekayo

Kejayaan Pelajar Kami Di Peringkat Kebangsaan

Pokliekayo

Laporan Akhbar Kejayaan Pelajar Kami

Pokliekayo

Institusi Kesayangan Kami

Pokliekayo

5S Amalan Kami

Pokliekayo

Kumpulan Pemikir Pemaju Pendidikan Negara

Pokliekayo

Laporan Akhbar

Pokliekayo

How to build a computer (2012-Budget-Gaming)

How to build a computer

Laptop Hardware Repair

Building a PC - PC Assembly

How To Remove Virus Without Using Antivirus Program

How to open computer with out password?

how to log on windows if you forget the password

How To Find Wifi Password

How to get Free WiFi access anywhere, anytime

How to be a Computer Hacker

Double Your Internet Speed for Free

How to delete virus manually without using anti-virus

How to remove a Trojan, Virus, Worm, or other Malware for FREE

How to Detect If your pc has been hacked or not

How To Track People By Their Cell Phones

how to see who is using your wifi

How to shutdown someones computer using ''cmd''

How To Connect To Other Computers With Cmd!

Hack Any Computer With IP Address Using Back Track 5

How to Hack Other Computers And Shut Them Down!!!!!!!!

How to find if someone hacked your computer HD

How to hack usernames and passwords